Ads 468x60px


Featured Posts

Monday, 30 September 2013

KETAWA BERSAMA





Melukis Kuda Makan Rumput

Cikgu : "Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer."
Abu : "Kuda makan rumput, Cikgu."
Cikgu : "Mana rumputnya?"
Abu : "Kuda dah abis makan, Cikgu."
Cikgu : "Mana kudanya?"
Abu : "Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang..."





Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

                                                                               

ENJOY :)

jom2 tengok video yang diorang buat
credit to : Aisamuddin dan Fazrul Izwan
   

 
                                                               

                                                                                  

Sunday, 29 September 2013

BB101- ENGINEERING SCIENE

KAWAN2 :)
ni ada nota sikit untuk semua

chapter 1 - PHYSICAL QUANTITIES AND MEASUREMENT
chapter 2 - LINEAR MOTION
chapter 3 - FORCE



                                                                      

ABOUT CIVIL ENGINEERING


                                                                                     




What is Civil Engineering?

Civil engineering is arguably the oldest engineering discipline. It deals with the built environment and can be dated to the first time someone placed a roof over his or her head or laid a tree trunk across a river to make it easier to get across.
The built environment encompasses much of what defines modern civilization. Buildings and bridges are often the first constructions that come to mind, as they are the most conspicuous creations of structural engineering, one of civil engineering's major sub-disciplines. Roads, railroads, subway systems, and airports are designed by transportation engineers, another category of civil engineering. And then there are the less visible creations of civil engineers. Every time you open a water faucet, you expect water to come out, without thinking that civil engineers made it possible. New York City has one of the world’s most impressive water supply systems, receiving billions of gallons of high-quality water from the Catskills over one hundred miles away. Similarly, not many people seem to worry about what happens to the water after it has served its purposes. The old civil engineering discipline of sanitary engineering has evolved into modern environmental engineering of such significance that most academic departments have changed their names to civil and environmental engineering.
These few examples illustrate that civil engineers do a lot more than design buildings and bridges. They can be found in the aerospace industry, designing jetliners and space stations; in the automotive industry, perfecting the load-carrying capacity of a chassis and improving the crashworthiness of bumpers and doors; and they can be found in the ship building industry, the power industry, and many other industries wherever constructed facilities are involved. And they plan and oversee the construction of these facilities as construction managers.
Civil engineering is an exciting profession because at the end of the day you can see the results of your work, whether this is a completed bridge, a high-rise building, a subway station, or a hydroelectric dam.
                           
                                                                                    
                                                                      

        






Saturday, 28 September 2013

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT :)

Pada tarikh 22 September yang lalu, kelas kami telah mengadakan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim Darussalam. Program ini merupakan salah satu tugasan yang perlu kami siapkan bagi subjek Pendidikan Islam. Untuk subjek ini, kami diberi dua pilihan sama ada untuk membuat kajian ataupun program khidmat masyarakat dan setelah berbincang kami sebulat suara memilih untuk membuat program khidmat masyrakat. Program khidmat masyarakat ini diadakan di Rumah Anak Yatim Darussalam, Ipoh, Perak. Rumah Anak Yatim Darussalam ini menempatkan kira-kira 30 orang anak- anak yang berumur dari 7 tahun hingga 19 tahun di mana ada diantara mereka yang kematian ibu atau ayah, dan juga yang baru diislamkan, serta yang dihantar oleh jiran2 mereka yang prihatin terhadap masalah yang mereka alami contohnya ibu bapa yang tidak mampu untuk menyara hidup anak-anak disebabkan faktor kewangan. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak atasan, program tersebut dijalankan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, pengurusan diri, motivasi, recall dan rohani. Objektif sempena program ini ialah dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, dapat memupuk semangat kerjasama, membantu pelajar untuk memahami keperitan hidup orang yang kurang bernasib baik, dapat memupuk rasa bersyukur di atas anugerah yang telah dikurniakan oleh-Nya. Pada hari kejadian, kami berkumpul di kamsis kira2 jam 7.30 pagi dan bertolak pada jam 8 pagi setelah kesemua kelengkapan untuk dibawa mencukupi dan semua orang telah tiba. Setelah sampai, kami disambut dengan baik oleh kanak-kanak di sana J semua mereka datang bersalaman melayan kami dengan penuh senyuman. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka yang mendahagakan kasih sayang. Walaupun mereka mempunyai kerenah masing2 tetapi pihak kami tetap melayan mereka dengan baik inSyaAllah. Pada awalnya keadaan agak sukar dikawal kerana kanak-kanak di sini agak degil dan hanya memikirkan keseronokkan tetapi Alhamdulillah berkat pertolongan abi dan umi serta guru di sana mereka boleh mendengar kata. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna dan kami pulang kira2 jam 5.30 petang setelah solat asar bersama mereka secara berjemaah. Agak pilu di hati kami semua ketika hendak pulang kerana ada di antara mereka yang menahan dan tidak melepaskan kami pergi. Di sinilah seorang abang dan kakak yang tidak mempunyai adik dapat merasa keseronokan dan bahagianya mempunyai adik di mana mereka akan belajar lebih menghargai dan bersyukur… ok dah habis berceloteh jom tengok gambar pulak >_<
        
Sebelum bertolak :)











semasa program berlangsung :)

Friday, 27 September 2013

PETUA UNTUK ANDA





Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi


Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi. Gigi merupakan salah satu aset yang paling berharga bagi semua orang kan? So bacalah sampai habis!Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share satu petua yang Dr FUh rasa amat berguna. Petua ini berkenaan dengan gigi. Sapa yang takde gigi tu sila abaikan lah post ni. Hehehe.


Gigi merupakan salah satu aset yang paling berharga bagi semua orang. Tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita. Walau sekacak atau secantik manapun wajah anda, tapi jika rambut gigi berkarat…tak guna jugak! Betul tak?
Cuba anda bayangkan seorang wanita cantik berada di depan mata. Potongan badannya pun boleh tahan. Anda pun senyum kepadanya. Lalu senyuman anda tu dibalasnya dengan menampakkan giginya yang “ala-ala” tersusun tapi berkarat.
Apa perasaan anda??
Kalau anda tanya saya, memanglah daripada minat terus jadi tak berminat langsung!
Sebab apa?
Sebab menjaga kebersihan gigi tu kan penting dan ia juga ada hubung kait dengan saraf yang terdapat di seluruh tubuh badan kita. icon biggrin Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi
Atas sebab itulah saya nak kongsikan petua hilangkan karat gigi hari ni.
Masalah karat gigi ni biasanya dialami oleh individu yang kuat merokok. Betul tak?
Ini kerana candu yang melekat pada gigi tu.
Usah risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan pinang.
Cara-caranya:

Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi

1. Ambil sebiji pinang tua dan keringkannya.
2. Apabila pinang tu dah kering, pinang itu kemudiannya dikacip halus.
3. Bakar isi pinang yang telah dikacip halus tu sehingga hangus.
4. Akhir sekali, gunakan isi pinang itu untuk menggosok gigi anda yang berkarat tu.
5. Ulang proses 1 hingga 4 setiap hari sampai gigi anda menjadi putih semula.
Haa apa tunggu lagi, pergi la cari buah pinang pastu cuba petua ni. In Shaa Allah berkesan. Selamat mencuba semua! icon smile Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi

Thursday, 26 September 2013

KEM POLIBRIGED


Bertarikh 6-7 September 2013 yang lalu telah berlangsungnya Kem Polibriged di bawah subjek AR101 iaitu co-co 1 bertempat di Ulu Cepor, Chemor. Peserta yang menyertai kem tersebut ialah peserta di bawah jabatan Kejuruteraan Awam yang terbahagi kepada 8 kelas iaitu Diploma Kejuruteraan Awam – 4 kelas termasuk pelajar KKA, Diploma Seni Bina – 3 kelas dan yang terakhir Diploma Ukur Tanah – 3 kelas. Setelah diberi penerangan oleh pensyarah kami iaitu Puan Sharifah Salwa , hari yang dinanti telah tiba J kami semua diminta berkumpul di padang kampus B pada jam 3.00 petang sebelum bertolak ke destinasi yang ingin dituju. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 40 minit dari poli dan sebanyak 3 buah bas digunakan untuk membawa semua peserta ke sana. Setelah sampai kira-kira pada jam 4 petang.. semua peserta diminta untuk berkumpul dan diberi taklimat serba ringkas perjalanan sepanjang program dijalankan. Setiap kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk diagihkan khemah iaitu 1 khemah hendaklah dimuatkan 4 orang bagi perempuan manakala bagi lelaki setiap khemah mempunyai 7 atau 8 orang peserta. Pada sebelah malamnya program diteruskan lagi pada jam 9.30 setelah para peserta diberi makanan serta menunaikan solat maghrib dan isya' secara berjemaah. peserta dibahagikan mengikut kelas masing-masing dan diambil alih oleh guru polibriged masing2. pelabagai aktiviti menarik yang diadakan bersama pensyarah masing2 dan antaranya ialah melatih kita untuk berkomunikasi di khayalak ramai dan aktiviti soft skill. pada keesokan harinya, kami semua dikejutkan dan bersiap-siap untuk pulang. Kami bertolak pulang pada jam 10.30 pagi. walaupun agak kepenatan tetapi MENARIK :)