14-16 September yang lalu
telah berlangsungnya Karnival Sukan MSP kali ke-XVII 2013 bertempat di Stadium
Ipoh, Perak di mana Politeknik Ungku Omar merupakan penganjur karnival tersebut.
Berikutan dengan itu, dua orang daripada
wakil kelas kami iaitu Fazrul Izwan dan Muhamad Abdul Majid telah terpilih
untuk mewakili Politeknik Ungku Omar bagi acara balapan dan hoki.
MUHAMMAD FAZRUL IZWAN BIN AFFANDI
Beliau telah mewakili
Politeknik bagi acara 4×100 meter di mana beliau bersama pasukannya telah
berjaya menyamai rekod kejohanan MSP. Selain itu, beliau juga telah Berjaya
memperoleh dua pingat gangsa masing-masing bagi acara 100 meter dan 200 meter.
Di atas kejayaan yang beliau peroleh kini beliau akan mewakili politeknik
Malaysia untuk kejohanan SIPMA yang akan datang. Tahniah diucapkan kepada
beliau J
![]() | |
| ketika majlis penyampaian pingat MSP |
MUHAMAD ABDUL MAJID BIN MOHD DAMANHURI
Beliau merupakan pelajar Anderson yang merupakan pemain hoki sejak di bangku sekolah lagi. setelah memasuki Politeknik Ungku Omar, beliau meneruskan bakatnya yang terpendam itu dengan menyertai pasukan hoki politeknik. beberapa kejayaan yang telah beliau peroleh sepanjang perjuangannya bersama rakan- rakan yang lain. Antara kejayaan yang diperoleh ialah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Liga Politeknik yang berlangsung di Pahang serta mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Piala Ketua Pengarah yang berlangsung di Melaka.

Wakil poli tu,
ReplyDelete