Ads 468x60px


Monday, 30 September 2013

KETAWA BERSAMA





Melukis Kuda Makan Rumput

Cikgu : "Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer."
Abu : "Kuda makan rumput, Cikgu."
Cikgu : "Mana rumputnya?"
Abu : "Kuda dah abis makan, Cikgu."
Cikgu : "Mana kudanya?"
Abu : "Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang..."





Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

                                                                               

0 comments:

Post a Comment