Bertarikh 6-7 September 2013 yang lalu telah berlangsungnya
Kem Polibriged di bawah subjek AR101 iaitu co-co 1 bertempat di Ulu Cepor,
Chemor. Peserta yang menyertai kem tersebut ialah peserta di bawah jabatan
Kejuruteraan Awam yang terbahagi kepada 8 kelas iaitu Diploma Kejuruteraan Awam
– 4 kelas termasuk pelajar KKA, Diploma Seni Bina – 3 kelas dan yang terakhir
Diploma Ukur Tanah – 3 kelas. Setelah diberi penerangan oleh pensyarah kami
iaitu Puan Sharifah Salwa , hari yang dinanti telah tiba J kami semua diminta
berkumpul di padang kampus B pada jam 3.00 petang sebelum bertolak ke destinasi
yang ingin dituju. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 40 minit dari
poli dan sebanyak 3 buah bas digunakan untuk membawa semua peserta ke sana.
Setelah sampai kira-kira pada jam 4 petang.. semua peserta diminta untuk berkumpul dan diberi taklimat serba ringkas perjalanan sepanjang program dijalankan. Setiap kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk diagihkan khemah iaitu 1 khemah hendaklah dimuatkan 4 orang bagi perempuan manakala bagi lelaki setiap khemah mempunyai 7 atau 8 orang peserta. Pada sebelah malamnya program diteruskan lagi pada jam 9.30 setelah para peserta diberi makanan serta menunaikan solat maghrib dan isya' secara berjemaah. peserta dibahagikan mengikut kelas masing-masing dan diambil alih oleh guru polibriged masing2. pelabagai aktiviti menarik yang diadakan bersama pensyarah masing2 dan antaranya ialah melatih kita untuk berkomunikasi di khayalak ramai dan aktiviti soft skill. pada keesokan harinya, kami semua dikejutkan dan bersiap-siap untuk pulang. Kami bertolak pulang pada jam 10.30 pagi. walaupun agak kepenatan tetapi MENARIK :)









Polibriged adalah warisan kta.
ReplyDelete