Pada tarikh 22 September yang lalu, kelas kami telah mengadakan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim Darussalam. Program ini merupakan salah satu tugasan yang perlu kami siapkan bagi subjek Pendidikan Islam. Untuk subjek ini, kami diberi dua pilihan sama ada untuk membuat kajian ataupun program khidmat masyarakat dan setelah berbincang kami sebulat suara memilih untuk membuat program khidmat masyrakat. Program khidmat masyarakat ini diadakan di Rumah Anak Yatim Darussalam, Ipoh, Perak. Rumah Anak Yatim Darussalam ini menempatkan kira-kira 30 orang anak- anak yang berumur dari 7 tahun hingga 19 tahun di mana ada diantara mereka yang kematian ibu atau ayah, dan juga yang baru diislamkan, serta yang dihantar oleh jiran2 mereka yang prihatin terhadap masalah yang mereka alami contohnya ibu bapa yang tidak mampu untuk menyara hidup anak-anak disebabkan faktor kewangan. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak atasan, program tersebut dijalankan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, pengurusan diri, motivasi, recall dan rohani. Objektif sempena program ini ialah dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, dapat memupuk semangat kerjasama, membantu pelajar untuk memahami keperitan hidup orang yang kurang bernasib baik, dapat memupuk rasa bersyukur di atas anugerah yang telah dikurniakan oleh-Nya. Pada hari kejadian, kami berkumpul di kamsis kira2 jam 7.30 pagi dan bertolak pada jam 8 pagi setelah kesemua kelengkapan untuk dibawa mencukupi dan semua orang telah tiba. Setelah sampai, kami disambut dengan baik oleh kanak-kanak di sana J semua mereka datang bersalaman melayan kami dengan penuh senyuman. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka yang mendahagakan kasih sayang. Walaupun mereka mempunyai kerenah masing2 tetapi pihak kami tetap melayan mereka dengan baik inSyaAllah. Pada awalnya keadaan agak sukar dikawal kerana kanak-kanak di sini agak degil dan hanya memikirkan keseronokkan tetapi Alhamdulillah berkat pertolongan abi dan umi serta guru di sana mereka boleh mendengar kata. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna dan kami pulang kira2 jam 5.30 petang setelah solat asar bersama mereka secara berjemaah. Agak pilu di hati kami semua ketika hendak pulang kerana ada di antara mereka yang menahan dan tidak melepaskan kami pergi. Di sinilah seorang abang dan kakak yang tidak mempunyai adik dapat merasa keseronokan dan bahagianya mempunyai adik di mana mereka akan belajar lebih menghargai dan bersyukur… ok dah habis berceloteh jom tengok gambar pulak >_<
Sebelum bertolak :)
semasa program berlangsung :)
JOM BALEK :)
BYE BYE ADIK2 SEMUA
ada masa kita jumpa lagi
Kepada
adik –adik yang kami kasihi, ingatlah musibah yang Allah turunkan itu merupakan
dugaan kepada kita semua dan Allah ingin menguji sama ada kita kuat atau tidak
untuk menghadapi semua ini. Jangan sesekali mempersoalkan takdir Allah kerana
setiap ujian itu pasti ada hikmahnya :)
BE
STRONG AND MOVE FORWARD >_<






Terbaek lah.
ReplyDeletego dka1b go
ReplyDelete